Tuesday, August 4, 2015

Kamera fokus n lock

Jika anda bercadang hendak membeli kamera, atau gajet yang ada kemudahan kamera, saya cadangkan belilah yang ada kamera yang ada kemudahan focus n lock. Kemudahan ini sangat berguna untuk mengambil gambar subjek yang berlatar belakangkan terang dan gelap/hitam.
Anda tentu kecewa apabila melihat gambar yang anda ambil didapati subjek utama anda gelap atau terlalu terang (tidak seperti yang anda harapkan. Tanyakan kepada penjual.

Wednesday, May 6, 2015

Teknik focus-lock, kompos dan klik

Dalam seni fotografi, jika subjek utama hitam legam berlatarbelakang cerah dinamakan gambar Silhouette. Ini adalah antara nilai astatika gambar yang popular.  Misalnya gambar di bawah ini.
Gambar sampel dari sebuah blog
Tetapi ada sesetengah gambar yang kita ambil terjadi seperti ini walhal bukan itu yang dikehendaki. Misalnya ketika mengambil gambar rakan yang berdiri di muka tingkap sebuah bangunan - muka rakan kita jadi hitam walaupun mungkin tidak sepenuhnya seperti silhouette. Mengapa? Dan bagaimana cara mengelakkannya.
Mengapa:
Meter kamera membuat bacaan dengan mengambil kira warna-warna yang termasuk dalam viewfinder (vf). Jika dalam vf warna terang lebih banyak daripada warna subjek utama kita, meter kamera akan mengadun warna terang itu bersama dengan subjek utama yang katakanlah warna muka rakan kita yang berbaju merah. Oleh kerana warna terang itu dominan maka warna inilah yang diadun menjadi warna kelabu 18%. Jika warna terang itu warna putih, untuk menjadikannya kelabu 18% maka digelapkan oleh meter. Jadi muka rakan kita yang sudah warna agak gelap itu juga akan turut digelapkan juga. Hasilnya ialah kehitaman atau hampir silhouette.
Cara mengelakkannya:
Ini bergantung kepada jenis kamera. Jika kamera itu ada kemudahan teknik fokus-lock, caranya ialah dengan teknik focus-lock, kompos dan klik. Maksudnya, bagi gambar di atas itu tadi, halakan kamer ke subjek utama misalnya kincir air yang besar itu, tekan shutter release separuh jalan, alihkan kamera dan cari komposisi yang dikehendaki, dan tekan habis.
Bagi yang menggunakan telefon bimbit, tekan ikon kamera yang jadi shutter release itu, kompos  dan klik. Tetapi pastikan kamera anda mempunyai kemudahan (mode) berkenaan.
Selamat mencuba.

Thursday, March 28, 2013

Sepintas Lalu

Dalam fotografi, viewfinder (vf) adalah segala-galanya. Apa jua kamera yang kita gunakan, kebijaksanaan menggunakan vf adalah kunci kejayaan menghasil gambar foto yang baik dan menarik.
Menerusi vf akan kelihatan betapa banyaknya benda-benda yang kelihatan, yang perlu diambil perhatian. Jika tidak dikendali dengan teliti mungkin akan terjadi, umpamanya sebatang tiang seakan-akan terpacak di kepala rakan kita, atau sedar-sedar kita rasa ada sesuatu yang tidak sepatutnya terakam dalam gambar. Paling tidak menyenangkan ialah apabila gambar-gambar yang kita ambil itu kurang menarik seperti yang kita bayangkan. Persoalan ini adalah berkaitan dengan komposisi.
Berbeza dengan seorang pelukis, mereka bebas untuk meletakkan elemen-elemen dalam lukisannya mengikut kemahuannya. Ia tidak akan meletakkan sebarang elemen yang tidak dikehendakinya ke dalam lukisannya,  tetapi seorang juru foto terpaksa akur sahaja dengan kehadiran elemen-elemen yang terlihat menerusi vf kamera. Bagaimana caranya mengelakkannya jika boleh, dan jika tidak bagaimanakah pula caranya meletakkannya dalam komposisi gambar. Jadi pengetahuan tentang komposisi gambar adalah suatu yang sangat penting dalam fotografi, bagi menghasilkan gambar foto yang menarik dan berjaya memukau pemerhati untuk menatapnya lebih lama.
Sesebuah kamera boleh dibeli dengan harga beberapa puluh rm sahaja, setelah dipasang bateri boleh digunakan untuk mengambil gambar, begitu juga kamera yang tersedia dalam sesebuah telefon bimbit; dalam keadaan pencahayaan yang suram, lampu kilas digunakan.
Biasa juga terjadi yang membuat kita terkejut terpinga-pinga mengapa gambar rakan yang kita ambil di tepi pantai jadi gelap walhal cahaya cukup terang ketika itu! Setelah bertanya di sana sini, baru sedar kamera kita tidak dilengkapi butang kawalan AEL yang menjadi puncanya, atau jika ada sekalipun, tidak tahu pula fungsinya. (Jika anda menggunakan kamera di telefon bimbit inilah yang akan terjadi). Jadi pengetahuan tentang jenis-jenis kamera dan bahagian-bahagiannya adalah perlu. Tidak berbaloi juga sekiranya membeli sebuah kamera yang ribuan rm tetapi tidak dapat menggunakan sepenuhnya fungsi-fungsi yang ada.
Banyak lagi aspek-aspek lain yang perlu dipelajari bagi menghasilkan gambar foto yang cantik dan menarik. Pengetahuan mengenai pencahayaan akan meluaskan lagi dunia fotografi anda. Pemahaman yang diikuti dengan usaha-usaha gigih, akan dapat mengembangkan minat dan bakat yang sedia ada ke suatu tahap yang lebih tinggi dan dikagumi rakan-rakan. InsyaAllah.